Tuesday, October 25, 2011

Deepavali/Diwali

Salam dan Selamat Sejahtera..


Seperti yang korang tau semua, esok merupakan Hari Raya Deepavali. Memang best ! walaupun aku bukan berbangsa india tapi aku rasa seronok sebab esok aku mungkin berpeluang untuk makan makanan tradisional orang India contohnye thosai, idli, vaadai, roti canai atau paratha. Tengoklah kalau peluang aku baik, boleh lah aku makan putu mayam dengan kari ayam.


Tengah bercerita tentang Hari Raya Deepavali ni teringat pada member-member India di kelas aku. Tak banyak sangat pon pelajar kelas aku yang berbangsa india. Tapi walaupun sedikit, perghhh kelas kiteorang dah bising dengan kehadiran mereka, lagi-lagi geng yogeswaran, sethuphaty, Sritharan, Tillakraj, Yudish Menon, Tanesh, Tiruvarasan and Vicky.

Kalau bab bising diorang ni lah paling top. Tapi bising-bising diorang ni pon kadang-kadang ade jugak lawak bodohnye. Yang paling best si Yogeswaran & Sethuphaty, memang muka diorang ni je lah asyik kene belasah dengan Sir, kene marah, tapi masing-masing hati kering. Apa nak jadi dengan diorang ni pon tak tau.


Itu yang lelaki, yang perempuan okey. Yang perempuan semua ade empat orang; Komala, Rubini, Megala, & Thurga. Kadang-kadang tu pon bising gak. Sama je macam perempuan kelas aku. Senang cite semua kaki bising lah dalam kelas aku. Paling top bising kelas aku, haishh nak buat macam mana Ketua Tingkatan pon sama kepalanya. Guru kelas kiteorang dah naik pening dah. Hehehe Kesian Cikgu Liza.

Balik kepada topik Hari Raya Deepavali tadi, selalunya adalah juga family sebelah ayahku, pergi lepak kat rumah member-member india diorang contohnye Uncle Kana. Memang aku kenal sangat dengan Uncle Kana ni. Die ni dulu member atok aku, & kat kampung aku die sorang je india yang bukak kedai makan/warung kat situ. Itu semua hasil pertolongan atok aku, sebab tu
diorang member baik. Memang best lah kalau pergi kedai die ni. Ape nak mintak je, mee goreng? roti canai? semua ada. Perghh memey best!


Memang dalam hati aku ni tak sabar nak pergi beraya (beraya??biar betoi) rumah diorang. And aku rasa banyak benda jahat yang mungkin aku dah buat kat member-member india aku contoh Yuva, Anesh and Myron. Asyik-asyik kene kutuk dengan aku. Sebab tu lah sempena Deepavali ni aku nak minta maaf. Kalau tak boleh pergi rumah die pon, aku akan minta maaf melalui Faceboooooook~. Janji aku dah minta maaf. And akhir sekali aku nak ucapkan kepada semua warga india 1 Malaysia, Selamat Hari Deepavali/Diwali!


P/s : Nama member-member india yang aku kenal: yoges,sethu,sri,tanesh,vicky,tiru,rubini,komala,thurga,megala,sukuna,malar,
jayasilan,ganesh,anesh,yuva,myron,punitha,shankari and paling special sekali untuk Sir Pandhithavan and Teacher Adlin Premla (Thanks for teaching me) Selamat Hari Deepavali/Diwali !

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...