Tuesday, October 25, 2011

Medium Muzik Aku

Salam dan Selamat Sejahtera


Kalau korang semua perasan, sekarang ni hampir semua orang guna Mp3 player untuk dengar lagu tak kiralah samada yang naik ktm, bas, basikal atau beca sekali pon. Aku pon ade jugak Mp3 tapi bagi aku kualiti sound dalam CD jauh lebih baik. Bile dengar dalam format MP3, aku rase seolah-olah lagu itu 'dibunuh' - sound bass akan jadi kurang dan bunyi-bunyi halus yang lain jugak tenggelam.


Bulan lepas masa aku balik dengan bas, aku pasanglah discman aku ni dan bila aku nak tukar CD ke dalam discman tu, semua orang tengok aku dengan pelik. Mungkin diorang fikir aku ni budak kampong kot? Sebab aku masih lagi guna discman yang sudah diangap barang lapuk sekarang ni. Bukan aku anti dengan MP2 player ke ape, cum aku lebih puas hati dengar lagu daripada CD. Takkanlah beli CD mahal-mahal nak buat simpan je, kan?!



P/s : Cubalah discman ni macam MP3, kualiti sound memang top macam discman. Baru lah best dengar.

1 comments:

sophieDeCutazRazman said...

pakai radio mcm taun 90-an pon xkesa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...