Tuesday, October 25, 2011

Prologue 3

Assalammualaikum,


Kejadian Porgram Sehari Bersama Prostar disebabkan oleh Si Dia. Ketika aku berada di dalam kelas, tiba-tiba Si Dia memasuki kelasku untuk berjumpa dengan kawan baiknya. Si Dia hanya duduk di belakang dengan kawan baiknya. Diriku cube beranikan diri dan mencari idea untuk melihat wajahnya dengan lebih dekat. Lantas.. Prostar adalah idea dan jalan terbaik. Aku cube beranikan diri untuk kebelakang kononnye untuk membincangkan hal Prostar pada Si Kucing(bukan nama sebenar) dan Si Arnab(bukan nama sebenar).


Apabila aku hampir sampai di belakang kelasku. Jantung aku mula berdegup dengan kuat. Perasaan gelisah dan malu yang menghantuiku amat kuat. Tapi aku cube kuatkan semangat dan berlagak seperti biasa walaupun aku gelisah dan malu. Sampai juga ke destinasi yang hendak ditujukan aku. Aku cuba berlagak macam biasa dan membuat sedikit lawak bodoh depan Si Kucing dan Si Arnab, tapi bukan itu sebenarnya hajat untuk aku ke sana. Aku cuma hendak melihat keayuan wajahnya dari dekat sahaja. Si Dia, hanya mampu tersenyum dengan kelakuanku. Hmmm, aku cuma boleh memperbodohkan diri aku je untuk menarik perhatian orang. Aku je yang beria-ria. Macam mana lah aku nak bunuh perasaan terdesak ni sebab tetiba je aku rasa macam memperbodohkan diri sendiri.


Aku, Si Arnab dan Si Kucing mula membincang tentang hal prostar. Aku memanggil semua Fasilitator untuk berjumpa di Bilik Kaunseling untuk suai kenal dan memberi cadangan serba sedikit untuk program sehari bersama prostar. Si Dia juga turut hadir sebagai Fasilitator. Aku pula memulakan suai kenal bersama Fasilitator. Samapi giliran Si Dia. Aku dengar dengan teliti. Tiada ape sangat yang Si Dia cakapkan hanya sekadar nama. Aku harapkan lebih supaya aku tahu ape benda kesukaanya.



Kami pun mulakan perbincangan. Selepas 15 minit berbincang, Si Dia bersandar di dinding lalu melelapkan matanya. Mungkin Si Dia kepenatan. Mungkin salahku buat perjumpaan pada waktu bergini. Tetapi bila diriku terpandangkan wajah Si Dia, diriku ini memang terasa putus asa.


Sambungan di Prologue 4

P/s : Macam mana aku berusaha sekalipun, macam mana aku berharap sekali pon, ia tak akan menjadi kenyataan


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...